Friday 2 December 2011

Different LETTERS and Different WORDS bring Different MEANINGS ٩(×̯×)۶

Assalamualaikum~
Halo halo again :))
kali nie post sya akan dalam Bahasa Melayu~
Maaf semua, setelah sekian lama utk pertama kalinya sya teringin plak mo post 2x dalam masa 1 ari !
Cuma mau menerangkan n b'kongsi ILMU yg pada suma orang~
harap2 pasni dapat la bezakan yaa =.=
Sila teruskan p'bacaan anda ;

Psikologi adalah ilmu pengetahuan yang mempelajari perilaku manusia dalam hubungan dengan persekitarannya.
Menurut asalnya katanya, psikologi berasal dari bahasa Yunani Kuno : " ψυχή "( Psyche yang bererti jiwa) dan "-λογία" ( -logia yang ertinya ilmu) sehingga secara etimologis , psikologi boleh diertikan dengan ilmu yang mempelajari tentang jiwa.

3 Jenis Pendekatan Psikologi ;


1. Pendekatan perilaku



Pendekatan perilaku, pada dasarnya tingkah laku adalah respon atas stimulus yang datang. Secara sederhana dapat digambarkan dalam model S - R atau suatu kaitan Stimulus - Respon. Ini bererti tingkah laku itu seperti reflek tanpa kerja mental sama sekali.

2. 

Pendekatan kognitif


Pendekatan kognitif menekankan bahawa tingkah laku adalah proses mental, di mana individu (organisma) yang aktif dalam menangkap, menilai, membandingkan, dan menanggapi stimulus sebelum melakukan reaksi. Individu menerima stimulus lalu melakukan proses mental sebelum memberikan reaksi atas stimulus yang datang.

3. 
Pendekatan psikoanalisa


Pendekatan psikoanalisa dibangunkan oleh Sigmund Freud . Ia meyakini bahawa kehidupan individu sebahagian besar dikuasai oleh alam bawah sedar . Sehingga tingkah laku banyak didasari oleh hal-hal yang tidak disedari, seperti keinginan, impuls, atau dorongan . Keinginan atau dorongan yang ditekan akan tetap hidup dalam alam bawah sedar dan sewaktu-waktu akan menuntut untuk dipuaskan.

4 Jenis Psikologi ;

1. Psikologi perkembangan
Adalah bidang kajian psikologi yang mempelajari perkembangan manusia dan faktor-faktor yang membentuk perilaku seseorang sejak lahir sampai lanjut usia . Psikologi perkembangan berkaitan rapat dengan psikologi sosial , kerana sebahagian besar perkembangan berlaku dalam konteks adanya interaksi sosial . Dan juga berkait rapat dengan psikologi keperibadian , kerana perkembangan individu dapat membentuk keperibadian khas dari individu tersebut.

2. Psikologi sosial
Bidang ini mempunyai 3 ruang lingkup, iaitu:
kajian tentang pengaruh sosial terhadap proses individu, misalnya: kajian tentang persepsi , motivasi proses belajar, atribusi (sifat)
kajian tentang proses-proses individual bersama, seperti bahasa , sikap sosial , perilaku meniru dan lain-lain
kajian tentang interaksi kumpulan, contohnya kepimpinan , komunikasi hubungan kuasa, kerjasama dalam kumpulan, dan persaingan .

3. Psikologi personaliti
Adalah bidang kajian psikologi yang mempelajari tingkah laku manusia dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran, psikologi keperibadian berkaitan rapat dengan psikologi perkembangan dan psikologi sosial , kerana keperibadian adalah hasil daripada perkembangan individu sejak masih kecil dan bagaimana cara individu itu sendiri dalam berinteraksi sosial dengan lingkungannya.

4. Psikologi kognitif
Adalah bidang kajian psikologi yang mempelajari kemampuan kognisi , seperti: Persepsi , proses belajar , kemampuan memori , atensi , kemampuan bahasa dan emosi .

Kritikan Psikologi

Berdasarkan pengertian di atas kita diharuskan mengetahui perbezaan budaya kita dengan budaya pada saat psikologi muncul sebagai ilmu pengetahuan . Apakah kajian ilmu tersebut sesuai dengan kebudayaan kita atau ada berbedaan di dalamnya. Contohnya, ketika kita adalah suku pedalaman yang masih menggunakan cara memburu dalam kehidupan sehari-hari maka memburu boleh menjadi tolak ukur kecerdasan kita sebagai masyarakat pedalaman, bukan dilihat dari bagaimana kecerdasan itu diukur dari boleh dan tidaknya kita menghitung matematik, menjawab soal-soal ujian, menjawab siri ujian kecerdasan dan lain-lain. Kesesuaian teori psikologi dengan kebudayaan kita itulah yang benar-benar harus kita fahami, sehingga teori-teori tersebut adalah teori yang benar-benar relevan dengan kebudayaan dan diri kita sebagai manusia.


Contoh psiko mungkin? Cuma menggunakan mulut dan mengeluarkan kata2. Pastu memeberikan respon antara 1 sama lain. :)


Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.


Buli fizikal

Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan.
Paling ganas boleh menyebabkan kematian.












Apa yang patut dilakukan sekiranya dibuli?

Ini berkemungkinan boleh mengakibatkan kejadian-kejadian yang lebih memudaratkan lagi seperti bunuh, rogol, dan sebagainya. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Presiden Persatuan Psikologi Malaysia, Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub, terdapat beberapa tahap untuk menangani masalah buli iaitu:

Tahap sekolah

Tahap kelas

Tahap individu

Tahap ini biasanya akan melibatkan pembuli dan mangsa. Jawatankuasa penyelaras antibuli hendaklah mengadakan perbincangan menyelesaikan masalah tersebut bukan sahaja dengan pembuli dan mangsa, tetapi juga ibu bapa atau penjaga mereka.
Selain itu, guru kaunseling juga bolehlah mengadakan sesi yang memainkan peranan terhadap tingkah laku empati(daya menyelami dan memahami perasaan dan emosi orang lain) atau tidak agresif dengan pembuli. Latihan pemulihan pula perlu diadakan dengan mangsa.


Kesimpulannya, selesai membaca fakta2 yg saya cari dan fahami sendiri ini, dapat la memahami dengan lebih lanjut tentang perbezaan setiap maksud perkataan antara PSIKO dan BULI.
Syukur alhamdulillah, kita dapat berkongsi ilmu d sini dan mungkin dapat d gunakan untuk masa depan kelak,InsyaAllah.
Pa2 pun, saya cuma teringin dan terlintas untuk berkongsi ilmu bukannya untuk berlagak pandai atau apa.
P/s : Tiada apa2 kaitan ngan sapa2 yg xterasa tempias or pedasnya~ :'))
Harap Maklum.
Sekian,Terima kasih.





No comments:

Post a Comment